Thursday, September 3, 2009

MAJLIS PERASMIAN PASAR RAMADAN 1430H

Majlis ini merupakan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang. Bertempat di Penang Times Square, majlis telah diserikan dengan perasmian oleh T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir adalah Ketua Menteri, timbalan beliau dan Exco Agama. Pasar Ramadhan ini adalah acara tahunan yang telah dikendalikan oleh DPMM sejak dari tahun 1991. Majlis kemudiaannya disambung di Masjid Simpang Enam dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh S.S. Dato' Mufti dan majlis berbuka puasa.

Wednesday, September 2, 2009

MISI AGIHAN SUMBANGAN RAMADHAN BAGI SELURUH DUN TELOK BAHANG

Misi menyampaikan Sumbangan Ramadhan dari Kerajaan Negeri diteruskan lagi dengan Y.B. Dato' Abdul Halim Hussain turun sendiri menemui dan mengagihkan sumbangan Ramadhan kepada penerima-penerima sumbangan di 6 tempat di seluruh DUN Telok Bahang. Dimulakan dengan JKKK Pantai Acheh, rombongan Dato' Abdul Halim singgah menemui rakyat di Sungai Pinang, Kuala Sungai Pinang, Jalan Baru dan Kuala Jalan Baru, sebelum acara kemuncak di Masjid Permatang Pasir (untuk 2 JKKK, iaitu Permatang Pasir & Sg. Rusa). Alhamdulillah, termasuk 50 hamper yang disampaikan di JKKK Telok Bahang minggu lepas, sebanyak 200 hamper telah selesai diagihkan kepada para fakir miskin, OKU dan warga emas yang amat memerlukan bantuan di seluruh kampung di dalam DUN Telok Bahang.


Monday, August 31, 2009

PERARAKAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI

Program perarakan Kemerdekaan pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya di Dataran di hadapan Bangunan MPSP, Bandar Perda. Walaupun dalam keadaan berjaga-jaga dengan pengyebaran wabak H1N1 dan juga musim hujan, ini tidak menghalang hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Disertai lebih 64 kontinjen yang berwarna-warni dari agensi kerajaan, swasta, NGO dan pancaragam sekolah, majlis ini telah berjaya menarik minat dari penduduk dari seluruh negeri untuk sama-sama merayakan hari yang mulia ini.

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN AKADEMI MARITIM

Baru-baru ini, Akademi Maritim dengan kerjasama JKKK Pulau Betong dan Jawatankuasa Masjid Pulau Betong telah bekerjasama mengadakan satu majlis berbuka puasa dan majlis penyampaian bantuan Ramadhan. Majlis yang diserikan dengan kehadiran T.Y.T Yang Dipertua Pulau Pinang dan TKM1 Pulau Pinang itu turut dihadiri oleh Y.B. Dato' Abdul Halim Hussain (Speaker D.U.N) serta Y.B. Mohd. Farid (ADUN Pulau Betong) dan Y.B. Dato' Seri Mohd. Hilmi (ADUN Telok Bahang).

DISKUSI KEMEREDEKAAN, TAHLIL & DOA SELAMAT DI MASJID NEGERI

Demi menghayati makna sebenar kemerdekaan dari perspektif Islam, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) telah menganjurkan sebuah program untuk memenuhi objektif tersebut. Majlis yang turut dihadiri oleh T.Y.T. Yang Dipertua Negeri serta Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah dimulakan dengan Diskusi Kemerdekaan yang menanampilkan 2 panelis iaitu, Prof. Dato' Sheikh Badaruddin Ahmad dari Kolej Insaniah, Kedah dan Ust. Fatim Nor Mohsein, Penolong Kanan di Sekolah Agama Daeratul Maarifil Wataniah, Guar Perahu. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan majlis bacaan Yaasin, Tahlil serta Doa Selamat. Selepas menunaikan Solat Maghrib berjamaah, tetamu dan rakyat dijemput menjamu selera.

Tuesday, August 25, 2009

KEMPEN DI PERMATANG PASIR

Bersempena dengan Pilihanraya Kecil DUN N.11 Permatang Pasir, Y.B. Dato' Abdul Halim Hussain juga turut serta dalam menyampaikan ceramah untuk meyakinkan pengundi akan kemampuan Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat. Bertempat di UPU Kampung Pelet, beliau memberitahu hadirin betapa demokrasi yang sebenarnya adalah demokrasi yang mengangkat maruah rakyat, dan bukannya demokrasi yang menindas rakyat.


MAJLIS TAHLIL, DOA SELAMAT & BERBUKA PUASA

Setelah tamat program di Dewan MPPP, Telok Bahang, para tetamu dan peserta program bergerak ke Masjid Jamek Telok Bahang untuk Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Majlis Berbuka Puasa. Sementara menunggu waktu berbuka, Y.B. Tuan Dr. Mansor Othman, TKM1 Pulau Pinang dan Y.B. Dato' Hj. Abdul Halim Hussain telah menyampaikan sedikit ucapan bersempena kemuliaan Bulan Ramadan.